Sunday, February 01, 2009 1.2.09
Ibu/Umi/Mak/Bunda


Ibu yang saya sanjungi.Ibu yang saya sayangi.Ibu yang telah mencurahkan segalanya untuk ketiga-tiga anaknya.Bekerja siang dan malam untuk melihat anaknya belajar hingga ke menara gading.Tidak kenal erti penat dan lelah walaupun kadang kala dia mengadu.Dialah yang memeluk ku erat di saat aku rebah dan terjatuh.

Hanya dia yang mengesat air mata yang mengalir di pipiku.Hanya dia yang memahami ku.Hanya dia yang tahu segalanya tentangku walaupun ku cuba untuk menyembunyikannya.kuasa telepathy ke?haha!Mum noes everything.Dia yang tahu apa yang baik untuk anak-anaknya.

Dia yang menyokong impianku untuk menjadi seorang anak seni kerana di situlah minatku.Di dalam perjalanan ku menggengam segulung diploma,berbagai halangan yang kami lalui.Namun,dia cuba jgk untuk melihatku berjaya biarpun berkerja hingga tidak tahu berehat.

Dia pandai berjenaka dan suka melihat anak-anaknya tertawa.Melihat anak-anaknya senyum gembira sahaja sudah cukup untuk menghilangkan rasa penat sehari bekerja.Saya juga suka menyakat ibu dan dia juga turut ketawa walaupun kadang2 sakat itu sangatlah over!haha!

Saya sayang Mak dan juga Abah.Merekalah segalanya bagiku.Kini,mereka mampu berehat merasakan "retirement days"..haha! Biarlah anak-anaknya pula yang keluar mencari rezeki.



Yours truly,




Nur.


Linksphere,

It;s over.